Oct 6, 2013

hilang

"kau ada diari?"
tak ada.

bila kita kata ada,orang ketawa. semua cerita nak dicoretkan semula untuk apa? bodoh. 

aku ada tiga diari. satu aku khaskan untuk diri,dua untuk famili dan ketiga untuk kekasih hati (dan bila kekasih hati tu berubah hati,diari pun bertukar ganti) dan satu satu diari tu juga tah mana pergi bila aku rasa buat apa aku nak kenang kembali semua yang dah berlalu pergi.

ah aku silap.
silap tak pandai jaga diari sendiri.
lastnya 'mereka' yang aku khaskan untuk diari tu,dah hilang sekarang ni.

waktu ini,sepatutnya aku dah mengorak langkah,bina kehidupan,kejar cita cita.macam kawan kawan aku sibuk ceritakan sekarang.aku dengar,aku ketawa,kadang aku bahan tak sudah sebab perasaan cemburu dalam hati. alangkah bahagia kalau kita dapat berjaya sama sama.

kenang kenang kembali,susah bangun aku bukan kau ada hulur tangan,tepuk bahu. sesaat dua kau ingat,sesaat dua kau simpatikan tiba masa,semua lupa. manusia.

aku rindu usia aku tak dimamah dunia lagi.

bilamana kau tahu mak ayah kau dikenali orang,dihormat orang,kau memberontak untuk lari dari dunia mereka.macam kau berharta boleh bina hidup dengan jayanya. mak ayah punya takut dengan dunia luar,kau boleh jadi gagah perkasa nak tempuh segala.

dan waktu itu,baru terasakan,bodohnya diri sebab tak mendengar kata,bodohnya diri nak ikut rentak dunia semata. bullshit i tell you. aku kira bernasib baik,sebab aku bukan jenis nak meliar tak sudah,cukup aku merasa. jemu. KL bukan ada apa.

walau 21 tu kunci buat kita kita,
aku mula terdetik nak ubah segala.

benar apa yang dikata orang,bila kita nak berubah,pasti akan ada ujiannya. dan aku gagal dalam semua ujian yang diberi-Nya. orang ketiga muncul dalam keluarga. tah keramat apa dia guna,keluarga aku mula porak peranda. dengan mainan iblis syaitan lagi,aku bukan David Coperfield boleh hilangkan segala.

aku tak pernah pertahankan.sebab depa orang tua,lebih garam dari kita kita. akhirnya keputusan agama berlandaskan hukum,terlerai lah segala.

perlahan lahan aku berubah.
pemarah itu aku. sekarang ni.

untuk satu satu perkara kecik,aku boleh perbesarkan. kadang terasa bangangnya. tapi entah kenapa,aku tak rasa semua perkara boleh buat aku ketawa (dengan jujurnya),biar pun aku gigih tengok super spontan,raja lawak,cerita cerita kelakar-semua hambar. senyum boleh terukir,tapi dalam hati belum gembira.

dengan cinta yang aku harapkan,dia juga terkena tempiasnya. lastnya tah mana arah aku dengan dia. mula terasakan 4 tahun yang dicipta tu sia sia. untuk ini aku serah pada tuhan seluruhnya.

dan untuk tiga bulan terakhir ni,aku harap aku tak hilang lima ni :

  • Putera Nur Qamarul Kamil (21)
  • Putera Nur Salihin Kamil (16)
  • Puteri Ruhidayahtul Kamiliah (11)
  • Alia Atikah (8)
  • Putera Nur Mustaqeem Kamil (4)

sebab dorang aku tak hilangkan diri.


No comments:

Post a Comment