Aug 7, 2013

R to the A Y A

hmm.

apa itu RAYA?
nikmat setelah sebulan berpuasa atau hari untuk bermaaf maafan bilamana kita tahu sebelum tibanya raya ada lagi hari dan bulan bulan islam yang lain yang boleh kita bermaaf maafan.

tinggal tunggu siapa nak mulakan dulu.
ego-

tahun ni sedihnya memuncak. tapi tak terluahkan. bila berdua dengan abah,terlepaskan segala. dewasa ini baru aku sedar aku lebih kepada abah untuk dijadikan kawan dari mama yang aku jadikan lawan dalam diamnya.

untuk pertama kalinya,
mendengar takbir tu buat hati aku luluh seluluhnya.

"abah kenangkan anak anak je"
ye abah,along pun kenangkan adik adik je.

sebulan itu belum cukup untuk aku belajar tentang redha,dan tibanya raya aku tak pandai nak memaafkan.

selamat semuanya.

No comments:

Post a Comment