Dec 3, 2012

cerita saya

adakala kita senang,adakala kita susah
kadang ujian tuhan tak terduga. tuhan uji makna tuhan sayang.

si sulong ini ditemani 5 orang lagi dibawah.
banyak tanggungannya tu. tapi sebabkan sulong ini perempuan sorang,maka dimanja manja dibelai belai. sedikit luka pun tiada melainkan punca dari diri sendiri.

kita kadang bercerita untuk lepaskan segala sesak di dada,kadang tafsiran orang kata kita mencari simpati. tak. aku tiada siapa siapa. kalau ada sekalipun pasti jemu mendengar keluhan aku. tuhan itu pasti aku cari sebagai pengubatnya. 

hari ini,
menangis lagi dan lagi mengenang nasib keluarga yang tak sudah. kadang rasa cibai juga kehidupan ini,konon tak nak termakan budi,tapi mana hilangnya mereka yg tidak mahu termakan budi tu bila diperlukan saat begini? ah,persetan soal manusia.

ini keluarga aku,yang nama hampir tercemar gara gara si celaka dungu,yang tak sedar di untung.

sepatutnya usia aku yang masih 22 ini,
sudah ada kerja,ada gaji boleh sara keluarga sendiri.
sepatutnya usia aku 22 ini,
orang kata boleh bebas sana sini.

tapi tak.

sebabkan status perempuan sorang dalam famili,si ibu tu risau nak lepaskan anak dia sana sini. sebabkan status sulong itu,si anak pula risau nak tinggalkan adik adiknya sendiri bila ibu ayah nya tengah kusut macam ni. tetap orang gelak orang ketawa kata manja.

hmmm.

aku biarkan ibu dengan tulang empat keratnya mencari rezeki buat keluarga
aku biarkan ayah berkeringat mencari nafkah keluarga
dan aku sendiri lepaskan cita cita demi keluarga
berdosakah aku bila sama sama setuju untuk lepaskan apa yang ada?

ujian hamba mengalahkan ujian tuhannya.
dan tetap,Allah itu maha segala. Dia ada untuk bantu kita kita selagi kita tak lupa-

No comments:

Post a Comment