Oct 12, 2012

menyampah

"lost contact"

janji janji sebelum lost contact tu perlu diteruskan walaupun dah bercontact contact plak sebab dunia dah terlalu canggih dengan teknologi 2020. ikutkan hati memang tak hingin.

bak kata abah time tgk cerita "untuk 3 hari" yang aku rasa tah apa apa juga jalan ceritanya,dan kalau betol nak kiss,kiss je lah,we're in New York-

"yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran"

hmmm.

duit ni makin kejam. kadang tak semua kawan berakal biarpun berotak. kita janji kita pinjam,kadang kita lupa nak pulang. kawan janji kawan halalkan,tapi kadang kawan minta balik bila terdesak macam kita dulu. susah senang konon bersama. itu gunanya kawan.

kata kau.

aku cuba mempelajari sesuatu dalm hidup untuk tidak jadi munafik. andai ada mana mana janji aku belum terlaksana sila ingatkan,sebab Melayu mudah lupa. makan ikan tak ingat dunia bila meratah sampai ke kepala.

aku ada point kenapa aku malas update pasal kawan ni.
sebab duit memang boleh jadi sial.
sebab lost contact aku kena tanggung beban.

tak ada istilah halalkan atau ikhlas kalau dah disebut sebut. ikhlas kena diam tak perlu dicakap tak perlu diungkit. menyampah bila sampai sudah dituntutnya. nanti i kasi u lebih dengan bunga dengan pasu sekali.

celaka bila semua orang ada perasaan tiba tiba.

No comments:

Post a Comment