Feb 27, 2011

syukur 21

ini bukan nya cerita yang aku ingin agung bongkak kan,
cerita aku tuk sama sama rasa dan renungkan.

selama aku hidup,tidak pernah sesekali aku bertanya pada diri apa tujuan kehidupan ini di wujudkan dan apa tujuan nya aku hidup selama 21 tahun ini. tak pernah sekali. sungguh.

tapi entah kenapa,waktu ingin mencecah usia 21 ini,banyak benda yang aku dapat secara halus dan lembutnya dari maha esa. yang selama ini aku teka teki kan sebenarnya hidayah dari yang maha agung lagi maha berkuasa.berterima kasih aku pada tuhan,kerana pagi subuh itu aku dipertemukan seorang sahabat yang sanggup berkongsi cerita tentang Islam dengan aku.

betapa daif nya aku waktu itu.

cerita aku :

kononnya aku bakal memperolehi kunci kebebasan tatkala usia 21 nanti,makanya kebebasan itu perlu pada aku saat ini,kehidupan remaja yang aku inginkan barangkali (kot). remaja mana tak gemarkan overnite sama rakan rakan.tak terkecualinya aku. dan malam itu,berlima kami overnite tidak mahu pulang ke hostel.

Telok Chempedak tu dah cukup sinonim dengan aku. mana lagi aku nak tuju kalau di Kuantan nh jika tidak ke sana. lepak punya lepak,mata hampir samar samar mahu pejam. jam sudah Subuh. aku mulakan cerita dengan 'akak' nh,tetbe dtg seorang sahabat bertanyakan apa yang dibual bicarakan.

dan waktu itu topiknye jodoh.

tapi entah bagaimana,aku suarakan tentang kehidupan aku sepanjang usia 21 ini. aku akui yang aku merasakan kosong sepanjang hayat aku hidup pada kawan yang aku anggap sebagai abang sendiri.berderas lajunya air mata aku saat aku meluahkan. dan betapa tersentapnya aku dengan kebesaran tuhan.

Ya Allah,
kalau lah dapat dirasakan sama sama kita waktu tu.

mungkin itu yang aku nak,agar dipertemukan dengan seseorang,seseorang yang boleh menegur aku tentang kebesarannya tuhan tentang apa yang selama ini aku teka teki kan. dan pagi itu juga aku tersedar,betapa lamanya aku tidak menyentuh telekong yang diberikan mama sejak awal sem hari itu. itu untuk tahun ini. sudah dua bulan aku cicir siakan solat itu.

"bagaimana dengan tahun tahun sudah?"

dan pada 27 februari hari ini,waktu asar,itu yang pertamanya solat yang aku kerjakan tuk tahun ini. mama abah pasti tersentap jika tahu ini.

betapa hinanya aku rasakan saat itu diri aku,betapa zalim nya aku dengan tuhan aku,sedangkan sudah di beri peluangnya berkali kali pada aku tapi aku sia siakan. sungguh,aku baru mula. baru,dan saat ini air mata aku dan hati tak pernah pernah berhenti memuji memanjat syukur pada ilahi.

menggigil aku ketakutan saat memulakan.

tapi benar kata sahabat,tuhan selalu dekat dengan kita.selagi kita ingat dia,dia tidak pernah melupakan hambanya. Islam itu mudah,dan kerana mudah itu lah aku merasakan tenang tuk seketika.masih banyak yang perlu aku gali lagi supaya ketenangan ini sentiasa ada.

mungkin perubahan aku tidak melulu,tapi manusia mana tidak mahu berubah.ini hari aku. niat aku satu je sekarang,aku ingin penuhkan solat lima waktu,solat itu aku ingin jaga. itu yang utamanya untuk aku mulakan kehidupan.banyak yang telah aku tinggalkan. bantu aku dengan doa doa,itu sahaja yang aku harap kan.

mungkin esok lusa kepala ini bakal di balut dengan selendang Yuna,amin.

terima kasih Ya Allah.

2 comments: